Cinta sampai ke Syurga

POSTED ON: Wednesday 29 April 2015 @ 08:28 | 0 comments

Andai suatu masa nanti
Aku jatuh tersungkur
Bangkitkan aku dengan
Kasih sayang mu

Andai suatu masa nanti
Aku meratap sepi
Pinjamkan bahu mu
Untuk aku bersandar

Genggam hati aku bila
ianya lemah tak bermaya
Apa yang dia perlukan hanya
kekuatan cinta yang dia tak merasakannya

Aku selalu menginginkan cinta
Yang aku merasakannya
Bukan hanya sekadar perkataan
Yang keluar dari bibir sahaja.
Aku lemah bila berjauhan , tetapi
Ianya semakin kuat bila berdekatan
Jngan pernah jauh dari sisi aku
Kerana itu melemahkan aku suatu hari
Genggam hati aku sekuat yang mampu
Pejamkan aku dari realiti dunia
Lenakan aku dalam keindahan syurga
Ape yang dikejar adalah untuk
menuju jalan putih yang lurus
Membawa teman genggaman hati bersama
Kerana baginya adalah
Cinta sampai ke syurga
Akan aku genggam tangan mu bersama
Kerana cinta Ku padamu sampai ke syurga

-zhafeyya-


Rahasia yang tidak pernah diungkap

POSTED ON: Tuesday 28 April 2015 @ 21:44 | 0 comments






Larian laju menghukum aku,
Dalam larian yang padu itu aku tinggalkan nota-nota dan sebilah pisau untuk kau bertahan.
Nafas yang tersekat itu aku biarkan;
Membiarkan kelelahan aku,terus dirahmatiNya.

Kelelahan itu dimamah perasaan yang terlalu ingin mencuba;
Melukakan aku.
Menggigil satu badan.
Jahanam yang pernah menimpa aku 8 tahun lepas kembali menghukum aku;--
Dadah,kematian 2 orang yang aku hargai.
Tuhan,
Aku tidak bisa belajar dari kesalahan aku,
Aku masih tidak mampu mengungkap rahasia itu kepada Yaya,
Aku tidak kuat untuk membuka mulut,menceritakan segalanya.
Aku tidak mahu dilihat sebagai simpati;
Simpati hati yang mati,

Apakah kau hanya menghukum aku?
Apakah kau tidak mendengar doa-doaku?
Maaf Tuhan,jika aku menanyakan ini kepadaMu seperti mana aku pernah mendoakan diminta menghantar seseorang wanita yang bisa mengembalikan hidupku;Ya, kau menghantar Yaya dalam hidup aku.
Aku gembira,hanya lafaz syukur disetiap bibirku.
Apakah kini Kau menghantar ujian kepada Yaya;
Bukan aku.
Yaya seorang yang lemah.
Bisa menghancurkan dirinya,sedangkan ini semua kesalahan aku.

Maaf Tuhan,jika aku bertanyakan;
Apakah dugaan ini memberi aku kekuatan?
Terima Kasih Tuhan.
Aku tidak pernah meninggalkan Yaya dalam kesedihan mahupun kegembiraan.
Meskipun pagi itu buat aku hilang segala rasa,aku masih kuat,aku masih bisa mendoakan dan mengalah untuk kesenangan Yaya.
Terima kasih Tuhan mengajar aku jadi matang.

Larian padu aku,aku tersungkur.
Tetapi,
Aku mengharapkan Yaya gumbira.
Tenang.
Dan tidak mengikut perasaan yang hanya secubit rasa.
Aku dan Yaya punyai cerita yang sama;
Berlainan latar,skrip dan plot.
Hanya Kamu yang mengerti.

Tuhan,
Terima kasih ajar aku jadi kuat.
Aku mengambil keputusan tidak mengikut perasaan (meninggalkannya)
Aku kekal tersenyum untuk Yaya.
Terima Kasih memberi aku Yaya dan Cinta.
Moga kau sentiasa mengingati Yaya mengenai Cinta yang aku luah kepadaMu kepada Yaya agar Yaya tidak pernah berubah hati.

Aku tidak akan menyakitinya,
walaupun setitis air mata.

Tuhan, kau yakinkan Yaya bahwa cinta aku kepada Yaya adalah datang dariMu.
Tuhan, kau bukalah pintu hati Yaya untuk aku.
Maaf Yaya, jika aku tidak pernah meluah ini kepadamu,sakitnya hati pagi itu;
Aku tidak pernah kalah, aku terlalu cintakan Yaya.

Terima kasih Tuhan.

Terima Kasih Yaya (moga kau sentiasa memilih aku dan yakin cinta aku lebih dari orang lain yang memberikanmu 'cinta')

Yaya, Moga nota ini bisa mengubah Yaya dan menetapkan pada hati Yaya hanya aku dalam cinta yang real.
Seorang.
Hanya Aku.


-Zhafeyya-

Aku Taknak

POSTED ON: Wednesday 22 April 2015 @ 05:09 | 0 comments

Mungkin kau tak mendengar
Kata bicara dari bibir ini

Mungkin jarak antara kita
Membuatkan kau tidak
nampak apa-apa

Setiap perbuatan , pergerakan
Hanya menuju pada kau

Aku sempurnakan diri ni
Kesihatan ni
Semua nya dijaga rapi
Bukan untuk aku saja
Tapi juga untuk kau

Supaya tiada kerisauan
Atau
Sebilah pedang menghunus
Dalam dada kau

Aku taknak semua tuu berlaku
Faham ??

-eyyaa21-


Angin Pusar by eyya

POSTED ON: Friday 17 April 2015 @ 04:00 | 0 comments

Kaki berputar seolah-olah dirasuk angin pusaran
Langit berputar seperti kuda yang berlari deras
Kami telah mendengar kisah ini..

Ratu itu akan berputar-pusing di atas kakinya yang indah
Dan kemudian dia menghilang 
Sekembalinya dia akan dipakai keluar 12 pasang kasut
Kemarahan Raja terbang melepasi udara 
Memanggil mata-mata 
Dan memerintahkannya untuk mencari apa yang berkomplot
Pergilah mencari
Mata-mata mengikuti Ratu dan melihat curiga di Ratu
dari istana ke dalam alam dosa dan maksiat.

Api membakar cerah 
Ratu tergoda
Tarian bertingkah 
Semua ganas

Mata-mata pergi ke negeri asing
Dan kembali ke istana dalam keadaan yang sama 
Diceritakan seluruh kejadian kepada Raja

Pusar angin
Ratu seperti berputar
Ratu tenggelam dalam tarian meninggalkan suami berkuasa di belakang
Ratu menari riak
Kakinya menghentak tanpa henti

Liuk di udara 
Pusar angin
kakinya melanggar segala ketaatan
Mereka terus memanfaatkan, menari tanpa henti
Berhentak di mana-mana dalam berkhayal

Kemudian berserulah Raja dengan Ratu dalam kegusaran gelita
Dan mempersoalkan tindaknya 
"Mengapa kamu menghina reputasi Saya ? Perbuatan skandal anda telah menfitnah Saya . Tingkah laku kotor anda telah lemaskan Saya . Anda telah membawa tidak hormat yang besar kepada seluruh keturunan Saya . Dari hari ini, pada Saya menghalang anda melangkah keluar dari istana."

Mendengar perintah itu, Ratu tersenyum dan berkata 
"Semua kekayaan dan kemewahan anda gagal memberi saya apa-apa ketenangan . Tuhan memberi saya permata, kebebasan saya yang paling berharga . Saya megambil semua bahan keselesaan anda dan menetapkan saya bebas."

Kemudian menawan sepenuhnya
Hidup tidak terkawal setiap hari
Ratu melakukan semua dosa-dosa yang mungkin
Dengan para sahabat kotor
Seperti pelarian tanpa tujuan
Hidup dalam berkhayal 
Menari mengikut rentak hatinya 
Di atas kakinya yang cantik

Liuk di udara
Pusar angin
Ratu seperti berpusar ..

-eyyaa21-

Kian Kembali

POSTED ON: Tuesday 14 April 2015 @ 07:52 | 0 comments

Ada sesuatu yang aku simpan
Yang tak dapat
Aku luahkan dahulu
Sakit bila kehilangan
Seperti tiada hari esok
Untuk aku.

Sekarang
Aku rasakan yang sama
Seperti dahulu
Aku ambil peluang
Untuk luahkan apa yang tersimpan
Sebelum kesakitan
Datang tanpa di undang

Kini
Seperti terlalu lama
Menunggu hari esok
Kerana bersama dia
Aku kian kembali
Seperti dahulu.

-eyyaa21-


HOBBIES

POSTED ON: Wednesday 8 April 2015 @ 18:14 | 0 comments

Hai. salam warga blogger .. just nak cerita someting tentang hobbies eyya sikit jea .. hehehe , rasa nya ada saja yang sudah tahu apa hobbies si eyya ni kan ??


 see ,, tu semua koleksi buku eyya kat dalam 'bilik' sahaja .. ha' nampak tak bertapa banyaknya buku-buku si kemetot ni .. belum campur buku-buku yang ada kat rak buku 'ruang tamu lagi' .. well dulu memang suka sangat baca buku-buku macam agama ni .. tengok gambar pun boleh tahu kan .. minat baca buku-buku cerita kisah yang sebenarnya berlaku .. bukan macam novel2 yang kat pasaran sekarang ni .. ergghhh , isteri untuk dijual ?? suamiku encik sotong ?? isteri sebelah rumah ?? okayy , feel rubish .. sorryy tak minat langsung novel2 macam tuu .. tapi minat bahan fiction , cerpen , psikologi, motivasi .. asalkan bukan novel cinta rekaan .. tuu jea .. di sebabkan terlalu banyak membaca , mata pun tak terjaga .. seen darjah 5 dah bermata empat sampai laaa ni ..


selalunya kalau bosan, eyya akan menulis . see ?? buku pun dah koyak2 dah bawah nya tuu . al maklum lahh buku dari form2 lahh katakan . eyya suka menulis, tak kisah lahh tulis cerita pendek kea, puisi ke, cerpen ke .. tapi semua tuu berkaitan apa yang eyya rasa pada satu-satu saat .. means , kalau eyya sedih kea , happy tak terhingga ke.. lebih kurang macam tuu lahh .. and cara penulisan eyya of cause lahh berkias sikit .. means kalau orang yang baca tak faham dengan keadaan or situasi eyya takkan faham ape yang eyya cuba sampai kan .. well terlampau berkias agak nya =='

nak di ringkaskan , eyya suka semua berkaitan dengan seni .. tak kisah lahh apa saja jenis seni pun .. senia kan banyak . contohnya, nyanyian, penulisan, lukisan, muzik, lakonan, ukiran, origami, etc . eyya suka . sebab kenapa eyya suka seni 

1. seni ni pelbagai jenis , bentuk, dan cita rasa
2. suatu yang kreatif and tak semua orang boleh buat
3. semua seni berkaitan dengan pergerakan tangan ( kalau siapa kenal eyya akan tahu tabiat buruk eyya)
4. semua seni melibatkan permikiran, perasaan , luahan 

so , ni lahh sebab kenapa eyya suka sangat dengan seni .. lagi-lagi seni lukisan .. haishh boleh cair rasa nya kalau dapat tengok lukisan yang cantik-cantik ni . tapi still tak boleh lawan "Pelukis Cahaya" my idol Joseph Mallord William Turner . serious obses gila dengan lukisan dia .. ada feel gitu .. okayy lahh .. itu jea nak cerita .. nak sambung baca buku baru .. see you soon 



Dia..

POSTED ON: @ 08:50 | 0 comments

Dia manja
Dia penyayang
Dia gila
Dia degil

Tapi dia orang jahat ..
Dia curi hati saya
Bawa lari masuk dalam hati dia

Dia pencuri yang kejam
Dia simpan hati saya dan taknak pulangkan

Sebab itu saya CINTA dia ..
Dia adalah Dia
Bukan orang lain

-eyyaa21-


KEDUKAAN ..

POSTED ON: Tuesday 7 April 2015 @ 05:20 | 0 comments

Tatkala kegembiraan itu datang bersama cinta di dalam mata,
Kilat datang membawa selautan tekanan.

Tatkala kegembiraan datang membawa bunga harapan,
Hujan membasahi hati yang luka,
Menjatuhkan air mata terus ke bumi.

Tatkala kecintaan merasa murung,
Kegembiraan merentas halangan berduri untuk menemani,
Menutup kecintaan dengan sutera hati,
Membanjiri sayang kepada kecintaan.

Sungguhpun kilat sabung menyabung,
masih tetap bersama kecintaannya.

Masihkah kecintaan bersama segulung harapan dan keputusan ??

Meskipun hatinya lebur di sambar kilat,
Hanyut di arus hujan,

Yang terkumpul di dalam kaca hatinya 
Hanyalah kegembiraan yang menyambut..

-zhafeyya-

POSTED ON: @ 00:22 | 0 comments








Cinta tak pernah hilang ;--
cinta adalah untuk kau 'fight'
walau sampai mati.

definisi :
pertahankan cinta gila babi.
bukan fight untuk cinta dengan babi.

-Zhafeyya-

Mati.

POSTED ON: @ 00:18 | 0 comments



cinta tak pernah mati ;-
yang mati --
adalah jiwa jiwa yang tak pernah habis memberontak.
-zhafeyya-

← Older / ♥ back up ♥ / Newer →
Zhafeyyaa..