10 tanda si DIA jodoh kita

POSTED ON: Monday 2 July 2012 @ 03:18 | 0 comments

hye semua .
okay tengok tajuk entry mesti teruja nak baca dan nak tahu kan2 ? jom . kita baca sama-sama ^^

1. Bersahaja
Dia bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Apa yang dia katakan tanpa ragu-ragu. Kita boleh lihat pada cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan si dia. Kita dapat nilai sendiri sama ada dia kelihatan spontan atau pun kelihatan pelik dan sengaja di buat-buat. Kadang-kadang kita dapat mengesan sama ada dia berlakon dengan gayanya yang nampak kurang selesa atau dia bersikap bersahaja. Jika apa yang kita lihat akan dirinya semuanya dalam keadaan bersahaja, maka dia adalah calon sesuai untuk kita.


2. Selesa bersama
Sepanjang kita bersama dia, kita tidak akan rasa bosan atau pun tertekan. Kita akan rase tenang, gembira dan dia ada waktu kita dalam kesusahan bukan waktu gembira sahaja. Perasaan ini akan turut dirasai oleh dia. Namun, waktu berjauhan akan terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Keadaan ini membuatkan kita rasa sedikit kehilangan.

3. Terima seadanya
Walau seteruk mana kisah silam yang pernah kita lalui dan lakukan, dia tidak akan ambil peduli. Dia juga tidak ambik kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu berahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Jujur
Dia tidak akan kisah apa yang kita lakukan selagi tidak menyalahi hukum agama. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita akan dapat mengesan sama ada dia jujur dengan kita atau tidak. Selagi kejujuran bertahta di hati masing-masing, kebahagian akan menjadi milik bersama. Kejujuran merupan faktor terpenting apabila berjauhan. 

5. Saling percaya
Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu dia, kita akan merasa was-was sama ada rahsia kita selamat dengannya atau tidak. Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya antara satu sama lain akan timbul dari hati. Kita akan rasa selamat apabila menceritakan rahsia kepada dia berbanding kawan-kawan yang lain. 



6. Bekerjasama
Kita dan dia perlu bekerjasama melakukan sesuatu perkara sama ada perkaran kecil atau besar. Segala kerja yang dilakukan perlu ikhlas bagi membatu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa akan datang. 

7. Memahami
Bagi pasangan yang berjodoh, kita mestilah memahami diri pasangan. Dia akaan bersama kita dalam sebarang keadaan. Sama ada waktu kita gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan kelemahan
Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan besedia memberitahu kita. Bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan pasangannya. Namun, dia tidak segan atau malu mempamerkan keburukannya kepada kita. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadang kala manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu. Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang Maha Berkuasa.

10. Mimpi
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya merancang namun Allah yang akan menentukan jawapannya. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan solat Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insyaAllah dengan izinNya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolak la dengan baik. 


← Older / ♥ back up ♥ / Newer →
Zhafeyyaa..